awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh lagi sekolah di Pasir Gudang terjejas, tapak pelupusan dan sungai dipantau

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2019
05:30 MYT
Tujuh lagi sekolah di Pasir Gudang terjejas, tapak pelupusan dan sungai dipantau
Tujuh lagi sekolah di Pasir Gudang dilapor terjejas selepas 15 mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail pagi tadi. -Astro AWANI
Tujuh lagi sekolah di Pasir Gudang dilaporkan terjejas selepas 15 mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail kira kira pukul 11.40 pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor memaklumkan sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri Resort, SMK Pasir Gudang 2 (Pendidikan Khas), SMK Taman Pasir Putih, SMK Taman Megah Ria dan SMK Taman Rinting dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latiff Wan Jaafar memaklumkan akan melakukan pemantauan agresif untuk memastikan keadaan terkawal.
Ini termasuk akan ke tapak pelupusan sampah haram di Pasir Gudang hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar berlaku insiden sesak nafas dan muntah-muntah dalam kalangan pelajar terlibat kerana tapak pelupusan berpotensi menjadi punca insiden ini.
Dalam pada itu, kawasan Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pembuangan kimia pada Mac lepas turut dipantau.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Jawatan Kuasa Teknikal memutuskan agar radius pemantauan diperluas untuk memastikan tahap keselamatan terkawal.
Orang ramai dinasihat mendapatkan maklumat yang sah dan penduduk sekitar yang ingin mendapatkan pengesahan atau informasi boleh menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang di talian 07-2513444 atau mana-mana Pusat Gerakan Operasi JPBM Negeri melalui nombor 07-3409999.
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor
#Pasir Gudang
#pelajar
#pencemaran udara
#SMK Pasir Gudang 2
#SMK Pasir Putih
#SMK Tanjung Puteri Resort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan