MARAN: Tujuh lelaki termasuk dua warga emas ditahan ketika leka bermain judi belangkas di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Jengka 6, Bandar Pusat Jengka di sini pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, susulan penahanan lelaki berusia 40 hingga 69 tahun itu, polis merampas wang tunai berjumlah RM4,358 disyaki wang pertaruhan.
Menurutnya, turut beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan perjudian itu.
"Kegiatan suspek yang bekerja sebagai peneroka dan bekerja sendiri itu dikesan atas maklumat berhubung aktiviti judi di tempat awam pada bulan Ramadan di lokasi tersebut.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran melakukan serbuan ke lokasi itu kira-kira jam 4.30 petang hari berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Norzamri berkata, tujuh lelaki itu didapati berkumpul dan sedang leka bermain judi belangkas.
"Semua lelaki itu ditahan manakala wang tunai dan peralatan yang digunakan dirampas sebelum dibawa balik ke IPD Maran untuk siasatan lanjut.
"Mereka kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,"katanya.
Tambah beliau, jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Norzamri berkata, pihaknya akan terus memantau aktiviti perjudian dan penyalahgunaan dadah di daerah Maran secara berterusan termasuk sepanjang Ramadan ini.
"Maklumat dan kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu pihak polis membanteras kegiatan ini," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 20 2022

Lokasi tujuh lelaki bermain judi belangkas di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 6, Bandar Pusat Jengka. -Foto Sinar Harian

Bunuh | Lelaki terdengar bisikan ibu sembah berhala
Terdengar bisikan konon ibu kandungnya menyembah berhala didakwa menjadi punca seorang lelaki menikam ibunya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Rozizah Md Dom, 63 tahun disahkan maut di kediamannya selepas ditikam dua kali di bahagian kiri dan kanan lehernya.

Mangsa Kelar | Suspek tidak berada dibawah pengaruh dadah
Suspek yang disyaki mengelar isteri dan bayinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, tidak berada di bawah pengaruh dadah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi berkata, suspek berusia 24 tahun itu juga tiada rekod jenayah lampau dan akan dirujuk ke Hospital Permai untuk ujian kesihatan mental.

Takziah | Tan Sri S. Subramaniam meninggal dunia
Bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S. Subramaniam meninggal dunia sekitar jam 8 malam pada Selasa. Perkhabaran duka itu disahkan sendiri oleh anak mendiang, S. Sunther.

Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum dari Turkiye - PM
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye.

10 Berita Pilihan - (05 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara, Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Masters Malaysia 2022 dengan cemerlang apabila menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun pada pusingan pertama hari ini.

AWANI Ringkas: Bantuan awal RM500,000 kepada mangsa banjir - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Wanita maut dijerut kabel pengecas telefon
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Ibu maut ditikam anak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: KPLB bina segera jambatan sementara di Kampung Iboi
Mahdzir berkata tindakan itu penting untuk memudahkan penduduk kampung untuk berulang alik ke sekolah dan masjid berdekatan.

10 peniaga ditahan ketika leka bermain judi belangkas
Ketika serbuan, semua lelaki berusia 37 hingga 66 tahun itu sedang berkumpul dan mengelilingi sebuah meja.

Tujuh leka main judi belangkas ditahan dalam ladang sawit
Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.