awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2021
22:15 MYT
Tujuh lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan
Pergaduhan membabitkan dua kumpulan berlaku dan rakaman video mengenai kejadian itu tular sejak Isnin. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Tujuh lelaki termasuk dua warga asing ditahan di beberapa lokasi di daerah ini dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Taman Traulsen, Jalan Pesisir, di sini pada Isnin.
Semua individu berusia antara 23 hingga 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam selepas satu video pergaduhan membabitkan dua kumpulan tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan tujuh lelaki manakala seorang lagi dikenali sebagai Jumadi Baba, 35, masih diburu untuk membantu siasatan.
"Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham ketika mahu menarik kereta. Polis tidak menolak kemungkinan ada kesalahan penyalahgunaan dadah," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.
Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan senjata Berbahaya
Pada Isnin, tular satu rakaman video berdurasi 39 saat di media sosial yang memaparkan pergaduhan dua kumpulan lelaki di Taman Traulsen, Jalan Persisiran dan dilihat menggunakan senjata tajam dan kayu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#video tular
#Peter Umbuas
#Jumadi Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan