awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh peserta tilawah perdengarkan bacaan di MTHQA ke-65 malam ini

Bernama
Bernama
03/08/2025
12:30 MYT
Tujuh peserta tilawah perdengarkan bacaan di MTHQA ke-65 malam ini
Peserta Mozambique Zacarias Nuro dijadualkan membuka tirai majlis diikuti qariah dari Brunei Amal Nazirah Haji Asmat, qari Filipina Jassim Bacarat Hadji Daud serta qari dari Iran Mohsen Ghasemi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh peserta tilawah akan memperdengarkan bacaan sempena hari kedua Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-65 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, malam ini.
Peserta Mozambique Zacarias Nuro dijadualkan membuka tirai majlis diikuti qariah dari Brunei Amal Nazirah Haji Asmat, qari Filipina Jassim Bacarat Hadji Daud serta qari dari Iran Mohsen Ghasemi.
"Turut memperdengarkan bacaan ialah qari dari Turkiye Muhammed Yahya Yildizhan, qariah Algeria Nour Imane Aissani dan qariah Singapura Nurfaqihhah Aliyah Mohd Rizal," menurut catatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di laman Facebook.
Terdahulu pada sesi pagi, dua peserta Malaysia Putri Auni Khadijah Mohd Hanif dan Muhammad Adib Ahmad Rozaini telah memperdengarkan bacaan masing-masing bagi kategori Hafazan.
Enam lagi peserta dalam kategori sama ialah Fahad Saeed S. S. Al-Qeraisi (Qatar), Najway Ali Zaydan Alkourbu (Libya), Mohamedelamin Elsuni Shaikheldin Elnaeim (Sudan), Abdul Rahman Ali (Ghana), Azizatou Bah (Ivory Coast) dan Mahamadou Doucoure (Mali).
MTHQA ke-65 berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos ini dengan tema "Membangun Ummah MADANI", menghimpunkan seramai 71 peserta dari 49 negara.
Pemenang kategori Tilawah bakal membawa pulang wang tunai RM40,000 manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM30,000 dan RM20,000, selain barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#JAKIM
#YaPEIM
#MTHQA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan