KUALA LUMPUR: Seorang tukang kayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan merotan wanita itu.
Mohd Razik Mansoruddin, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Bapa dua anak itu didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya, seorang pembantu tadbir syarikat swasta berusia 35 tahun di sebuah rumah di Bandar Country Homes, Rawang dekat sini pada 2.30 petang, 3 Okt lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan boleh juga dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu dan mendekati mangsa.
Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam M.Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
Mohd Razik Mansoruddin, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
Tukang kayu didenda RM6,000 perdaya pelanggan
Berdasarkan pertuduhan pilihan, tertuduh telah menipu Ramli dengan memperdayakannya dalam urusan pemasangan kabinet dapur rumah.
Tukang kayu didakwa cederakan isteri dengan rotan
Seorang tukang kayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan merotan wanita itu.
Tukang kayu dipenjara 15 tahun, 5 sebatan rogol anak kandung 13 tahun
Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Tukang kayu mengaku bersalah rogol anak kandung 13 tahun
Lelaki itu membuat pengakuan berkenaan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.