awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang kayu mengaku bersalah rogol anak kandung 13 tahun

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
01/12/2020
08:36 MYT
Tukang kayu mengaku bersalah rogol anak kandung 13 tahun
Dia didakwa merogol anak perempuannya itu di sebuah kampung di Baling, kira-kira jam 5.30 petang, 27 Oktober lalu. -Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI:Seorang tukang kayu berusia 43 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun, Oktober lalu.
Lelaki itu membuat pengakuan berkenaan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merogol anak perempuannya itu di sebuah kampung di Baling, kira-kira jam 5.30 petang, 27 Oktober lalu.
Susulan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim kemudian menetapkan 13 Januari depan bagi proses pengurusan fakta kes dan menjatuhkan hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Galvin Loo Wei Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#rogol anak kandung
#Mahkamah Sesyen
#Sungai Petani
#remaja
#13 tahun
#tukang kayu
#kampung
#Baling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan