awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang kebun jumpa bom mortar

Bernama
Bernama
10/02/2024
15:21 MYT
Tukang kebun jumpa bom mortar
Ahmad Jamil Radzi berkata bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) itu ditemukan seorang tukang kebun kira-kira 9 pagi tadi. GAMBAR: Sinar Harian
JASIN: Sebutir bom mortar berkarat berukuran 60 milimeter ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Tersusun dekat Serkam Darat di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) itu ditemukan seorang tukang kebun kira-kira 9 pagi tadi.
"UXO berkenaan ditemukan tukang kebun itu ketika mengemas rumah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jasin. Selepas dimaklumkan isterinya, anggota APM itu yang sedang bertugas balik ke rumah untuk membuat pengesahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata anggota APM berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Merlimau kira-kira 10.30 pagi sebelum sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka ke lokasi penemuan pada 11.45 pagi.
Bahan letupan terbabit, katanya diperiksa dan dibawa ke Pejabat Pensenjataan IPK Melaka untuk dimusnahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom mortar
#membuat pengesahan
#tukang kebun
#UXO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan