awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang masak ditahan, lakukan amang seksual terhadap budak 2 tahun

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/05/2024
12:00 MYT
Tukang masak ditahan, lakukan amang seksual terhadap budak 2 tahun
Mohd Azam Ismail berkata, bertindak atas laporan ibu mangsa, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun di Pandan Indah pada Khamis lalu. - Foto hiasan
AMPANG JAYA: Polis menahan seorang tukang masak selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak berusia dua tahun di sebuah medan selera di Pandan Indah, Ampang Jaya, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, bertindak atas laporan ibu mangsa, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun di Pandan Indah pada Khamis lalu.
Menurutnya, lelaki itu kini ditahan reman lima hari sehingga Selasa depan.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa memaklumkan ibunya bahawa ketika dia sedang bermain, suspek mendekati mangsa dan membuat sesuatu sehingga menyebabkannya sakit di bahagian kemaluan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Mohd Azam memberitahu, hasil pemeriksaan pegawai perubatan turut mengesahkan terdapat kesan kemerahan di bahagian luar kemaluan mangsa.
Kes itu katanya, disiasat mengikut 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.
Topic Berkaitan
#ambang seksual
#Kanak-kanak
#Polis Diraja Malaysia
#perintah reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan