awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang masak mengaku tidak bersalah eksploitasi wanita untuk tujuan seksual

Bernama
Bernama
05/12/2016
05:59 MYT
Tukang masak mengaku tidak bersalah eksploitasi wanita untuk tujuan seksual
Hakim S. Indra Nehru membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 bagi kesemua tujuh pertuduhan yang dihadapinya. - Gambar hiasan
Seorang tukang masak lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan memperdagangkan tujuh wanita untuk eksploitasi seksual antara Julai dan Ogos lepas.
Foong Kar Choon, 27, dituduh memperdagangkan tujuh wanita Thailand bagi maksud eksploitasi seksual bersama seorang lagi yang masih bebas antara 12 Julai hingga 15 Ogos lepas.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat terapi bekam di Lapangan Symphony Business Park di sini antara pukul 10 pagi hingga 2 pagi.
Tertuduh berhadapan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim S. Indra Nehru membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 bagi kesemua tujuh pertuduhan yang dihadapinya.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Dis ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam Mahinderjit Singh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekam
#eksploitasi wanita
#kes mahkamah
#pemerdagangan manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan