awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukar rumput stadium: 'Belum ada perbincangan terperinci' - Hannah Yeoh

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/05/2023
08:32 MYT
Tukar rumput stadium: 'Belum ada perbincangan terperinci' - Hannah Yeoh
Hannah berkata, pihaknya ada menerima permohonan baharu berhubung tawaran tersebut, bagaimanapun proses itu akan melibatkan perbincangan bersama kesemua exco negeri. -Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA : Tawaran berhubung penukaran rumput stadium di negeri-negeri yang berminat masih belum mempunyai sebarang perbincangan khusus mengenainya.
Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya ada menerima permohonan baharu berhubung tawaran tersebut, bagaimanapun proses itu akan melibatkan perbincangan bersama kesemua exco negeri.
“Kita memang ada terima lagi surat (permohonan tukar rumput stadium) tetapi saya tak ingat negeri yang mana, perlu semak semula kerana ada yang buat permohonan terus dengan KBS.
“Setakat perbincangan yang lepas, ada tiga negeri (yang berminat tukar rumput) tetapi saya tak mahu sebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Persatuan Penulis-Penulis Sukan di Kelab Golf Seri Selangor pada Isnin.
Ditanya bilakah perbincangan itu bakal diadakan, Hannah Yeoh berkata ia akan dibincangkan selepas selesai acara Sukan SEA.
“Buat masa ini, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) sibuk dengan persiapan Sukan SEA.
“Selepas tamat Sukan SEA saya percaya mesyuarat bersama semua exco negeri akan diadakan (bincang pertukaran rumput stadium),” jelasnya lagi.
Semalam, media melaporkan kerajaan negeri Perak dan Kedah antara yang berminat dengan tawaran penukaran rumput di Stadium Perak dan Stadium Darul Aman.
Sebelum ini, KBS menawarkan peruntukan untuk menukar rumput Zeon Zoysia di setiap stadium negeri.
Namun, terdapat beberapa negeri dan kelab yang tidak bersetuju untuk menukar rumput kerana risau berdepan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Hannah Yeoh
#rumput stadium
#Zeon Zoysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan