awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukar tanda harga tilam bayi, suami isteri didakwa di mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2017
06:05 MYT
Tukar tanda harga tilam bayi, suami isteri didakwa di mahkamah
Siti Aishah Abdullah,56, di bawa ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menukar tanda harga barangan bayi di sebuah pasar raya Jumaat lalu. -Bernama
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menipu dengan menukar tanda harga barangan di sebuah pasar raya di Falim, dekat sini, Jumaat lalu.
Sadam Abdullah, 57, dan Siti Aishah Abdullah, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar.
Sadam dan Siti Aishah dituduh menipu juruwang Nur Ayuni Hishammuddin, 22, dengan menukar tanda harga tilam bayi jenama C-CBHAUS PE FOLD daripada harga RM233 kepada RM26.90 di pasar raya AEON BIG Falim di sini jam 11.17 pagi, 7 April lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda, atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam Raja Mohd Iskandar Zulkarnain Raja Abdul Malek.
Siti Salwa kemudiannya menetapkan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan 3 Mei ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#menukar tanda harga barangan
#pasar raya
#Sadam Abdullah
#Siti Aishah Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan