Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di Lebuhraya LEKAS

Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, baru-baru ini. Foto ihsan PDRM
NILAI: Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, di sini baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Tulang manusia ditemui di lereng bukit Kilometer 24.5 LEKAS; Polis Nilai menerima laporan dari pekerja pembersihan lebuh raya pada 2 Nov.
- Identiti mangsa masih belum dikenal pasti; tiada petunjuk jenayah ditemui di tempat kejadian; bahan kes dihantar ke forensik untuk ujian makmal.
- Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian; mereka boleh menghubungi Balai Polis Mantin atau Pegawai Penyiasat kes.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti. Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan kejadian juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Malik berkata setakat ini, tiada sebarang petunjuk dan bahan kes telah dihantar ke forensik untuk ujian makmal.
Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, rakan atau mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Mantin melalui talian 06-7581222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Syafiq Azmy, 018-2247743.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditemui oleh pekerja pembersihan lebuh raya di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)? A: Mereka menjumpai rangka tidak sempurna yang dipercayai sebagai tulang manusia.
- Q: Apakah keadaan tulang yang ditemui di lokasi tersebut? A: Tulang ditemui dalam keadaan berkelompok.
- Q: Apakah tindakan pertama yang diambil oleh pihak berkuasa selepas menerima laporan mengenai penemuan tulang di lereng bukit tersebut? A: Polis Daerah Nilai telah melakukan siasatan awal di tempat kejadian dan tidak menemui sebarang unsur jenayah.
- Q: Apakah yang dikemukakan oleh Ketua Polis Daerah Nilai kepada orang ramai berhubung penemuan tulang tersebut? A: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Mantin atau Pegawai Penyiasat kes.
- Q: Apakah tindakan lanjut yang diambil selepas penemuan tulang manusia di lereng bukit LEKAS? A: Tiada petunjuk setakat ini, dan bahan kes telah dihantar ke forensik untuk ujian makmal.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

