awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular 'Kadar tambahan untuk bagasi Malaysia Airlines' tidak betul

Bernama
Bernama
16/04/2019
21:16 MYT
Tular 'Kadar tambahan untuk bagasi Malaysia Airlines' tidak betul
Penumpang dapat mengetahui kadar bayaran bagasi semasa membuat tempahan melalui 'my booking' atau semasa aliran tempahan. - Gambar hiasan
Malaysia Airlines (MAS) pada Selasa menjelaskan bahawa senarai kadar tambahan bagi bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul.
MAS dalam satu kenyataan berkata bahawa kadar bagasi tambahan (pra bayar) masih berlandaskan kepada tanda aras industri dan berdaya saing dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan lain.
"Terdapat dua jenis kadar bagasi, satu untuk bagasi tambahan (pra bayar) dan satu lagi untuk bagasi berlebihan. Bagi bagasi berlebihan yang dibayar semasa daftar masuk di lapangan terbang, kadarnya tetap sama.
"Kadar untuk bagasi tambahan (prabayar) adalah dinamik bergantung kepada sektor, promosi, permintaan dan sebagainya. Penumpang bagaimanapun dapat mengetahui kadar tersebut semasa membuat tempahan melalui "my booking" atau semasa aliran tempahan," kata MAS dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Pada masa ini, senarai caj untuk tambahan bayaran bagasi untuk Ekonomi Lite untuk MAS tanpa sebarang elaun bagasi telah tular menerusi media sosial.
Kenyataan itu menasihatkan penumpang untuk klik pada pautan https://mhcare.malaysiaairlines.com/faq/s/article/Excess-Baggage-What-is-the-excess-baggage-fee-structure?language=en_US, untuk melihat struktur yang sah.
Bermula 8 April 2019, penumpang yang melakukan perjalanan di Malaysia dalam kelas ekonomi MAS dapat memilih kombinasi tambang dan perkhidmatan yang terikat.
Ia meliputi beberapa keistimewaan termasuk elaun bagasi serta pilihan lain, yang membolehkan penumpang membayar apa yang mereka perlukan.
Topic Berkaitan
#bagasi tambahan
#bayaran bagasi
#caj tambahan
#lapangan terbang
#Malaysia Airlines
#MAS
#media sosial
#penerbangan
#penumpang
#pra bayar
#Semak Fakta
#tanda aras industri
#tempahan
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan