IPOH: Polis sedang mengesan seorang tukang gunting rambut warga India yang dipercayai terlibat dalam kes gangguan seksual, seperti yang tular di media sosial, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, lelaki itu yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Manjoi, di sini, dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, IPD Ipoh, ASP Yap Siew Cheng ditalian 012-9093362.
Terdahulu, katanya, pihaknya telah terkesan satu isu tular di media sosial Facebook mengenai satu kes gangguan seksual yang dikongsi pemilik akaun Facebook bernama ‘Siti Hajar Ghazali’ yang mendapat perhatian masyarakat.
“Pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis daripada pengadu, seorang wanita berumur 37 tahun, pada 2 Ogos di Balai Polis Jelapang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, pengadu mendakwa dia telah diganggu secara seksual oleh suspek seorang lelaki warganegara asing yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Manjoi semasa anak lelakinya sedang digunting oleh suspek kira-kira jam 1.25 petang Selasa.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, pengadu mendakwa suspek bercakap dalam bahasa Malaysia seorang diri, di samping telah mengeluarkan kata-kata lucah.
Kes didiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Aug 02 2023

Pengadu mendakwa dia telah diganggu secara seksual oleh suspek seorang lelaki warganegara asing yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Manjoi.

Atlet snuker, biliard diharap sumbang emas Sukan SEA 2027 - Hannah
Atlet snuker dan biliard khususnya dari P. Pinang diharap dapat menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2027.

PRU2025 Singapura: PAP, pembangkang kemukakan hujah dalam siaran politik parti pertama
Wong berkata, keutamaannya adalah menyatukan rakyat Singapura, melindungi mata pencarian dan menjamin masa depan mereka.

Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga Malaysia jadi contoh ikutan - Duta Jepun
Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga baharu di Malaysia akan menjadi contoh ikutan bagi seluruh Asia dan negara-negara lain, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata.

Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, denda enam pengarah
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, enam pengarah syarikat itu juga dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap seorang.

PEGT tingkat bekalan gas ke Puchong susulan insiden saluran paip di Putra Heights
Langkah itu merupakan sebahagian daripada penyelarasan berterusan bagi meningkatkan kapasiti bekalan keseluruhan rangkaian pengedaran gas.

Pendekatan 'whole-of-government' tangani isu literasi seksual - Dzulkefly
Isu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan literasi seksual dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan muda memerlukan pendekatan menyeluruh.

AS, Korea Selatan sepakati usaha ke arah perdagangan seimbang - USTR
Mesyuarat antara wakil USTR Jamieson Greer dan Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan Ahn Duk Geun disifatkan "berhasil".

Kerajaan salur RM30 juta modenkan sektor pertanian negara
Peruntukan yang diterima dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu adalah usaha berterusan kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian negara.

Draf PTKL 2024 kini diperingkat akhir - Dr Zaliha
Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 yang akan digunakan bagi mengawal perancangan pembangunan di Kuala Lumpur kini di peringkat akhir penelitian.

Pembinaan skala besar LRT Laluan Mutiara bermula suku keempat 2026 - MRT Corp
Kerja-kerja pembinaan berskala besar untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka bermula pada suku keempat 2026.

CPS lancar gerakan nasional lindungi remaja daripada jenayah seksual
Childrens Protection Society (CPS Kuala Lumpur) melancarkan Program Kewibawaan Remaja: Taklimat Keselamatan Diri & Batas Pergaulan dalam usaha memperkukuh perlindungan terhadap remaja.

Polis sahkan penahanan guru lelaki disyaki lakukan gangguan seksual terhadap pelajar
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah swasta ditahan polis kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap beberapa pelajar perempuan di sekolah berkenaan.

Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terhadap pelajar
Guru berusia 34 tahun itu ditahan selepas polis menerima dua aduan, masing-masing daripada seorang pelajar dan seorang bekas pelajar.

Tolak stigma, tuntut keadilan: Seruan tindakan segera untuk pendidikan seksualiti komprehensif
Terdapat keperluan yang mendesak pastikan akses pendidikan terhadap kepada hak kesihatan seksual dan reproduktif (SRHR) yang menyeluruh.

Gangguan seksual remaja perlu ditangani secara bersepadu, holistik - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, laporan mengenai peningkatan kes rogol dan sumbang mahram membabitkan remaja bawah umur sangat membimbangkan.

Warga asing cuba cabul kanak-kanak perempuan ditahan
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy
Nancy berharap pihak yang bertanggungjawab dapat merayu terhadap hukuman berkenaan menggunakan ruang yang ada.

Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.

Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.