awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
18/12/2024
07:30 MYT
Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera
Kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan akibat didera oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.- Gambar hiasan FB cat lovers group
KUALA LUMPUR: Kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan akibat didera oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya menerima laporan kejadian di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, itu pada petang Selasa.
“Pihak polis ada menerima laporan berhubung kejadian dan susulan itu, siasatan lanjut mendapati kematian kucing berkenaan akibat diserang anjing liar di kawasan itu.
“Laporan polis ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar serta pengurusan Universiti Malaya bagi tindakan susulan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, satu hantaran di media sosial tular berkenaan dua kucing ditemui dalam keadaan mengerikan apabila keempat-empat kaki kelihatan seperti dipotong dan perutnya dibelah di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM.
Susulan itu, Kesatuan Pelajar UM Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (KMUM FPE) membuat laporan polis dan menggesa pengurusan kampus mengambil serius perkara itu.
Topic Berkaitan
#universiti malaya
#dera haiwan
#kucing
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan