TAIPING:Polis menafikan dakwaan bahawa seorang lelaki warga Bangladesh yang memakai gelang kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM) merayau-rayau di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang di sini yang ditularkan menerusi satu rakaman video.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata rakaman video berdurasi satu minit 37 saat menunjukkan pasukan polis memeriksa seorang lelaki pada kira-kira 11.05 pagi semalam, bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.
"Dia berasal dari Kampong Pondok, Padang Rengas dan tinggal dengan kakaknya di Ipoh telah menumpang lori untuk ke Alor Star, Kedah untuk mencari kerja namun berhenti di kawasan hentian itu sebelum pekerja kedai makan menghubungi polis bantuan untuk meminta pertolongan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata pihak polis telah membantu menghantar lelaki tersebut ke Stesen Bas Kamunting serta membelikan tiket bas untuk pulang semula ke rumah kakaknya di Ipoh.
Osman berkata orang ramai diingatkan tidak menularkan sebarang berita yang tidak benar kerana boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Katanya sebarang perkongsian berita palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

Orang ramai diingatkan tidak menularkan sebarang berita yang tidak benar kerana boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai. - Gambar hiasan

AWANI Pagi: Keyakinan dan pengurusan logistik vaksin
Bagaimana untuk menggalakkan pendaftaran vaksin dan apa persediaan bagi proses penghantaran vaksin di negeri-negeri seluruh Malaysia? Kita bersama Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892410/574696631614213149457_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Hafizi Rosli.

Pembatalan Notis Perkapalan Malaysia 19/2020 cetus kegusaran komuniti perkapalan tempatan
MSN 19/2020 menggariskan larangan kepada kapal atau bot berbendera asing beroperasi atau menjalankan perkhidmatan marin di semua pelabuhan di Malaysia.

AWANI Ringkas: Keberkesanan vaksin Johnson & Johnson | Kes Covid-19 global terus bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Yusry, Lisa bakal timang cahaya mata ketiga
Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga.

COVID-19 | Angka korban global kini melepasi 2.49 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 503 ribu kes.

Pasaran AS | Saham di Bursa AS meningkat pada Rabu
Saham di Bursa Amerika meningkat dalam dagangan Rabu dengan indeks Dow Jones capai tahap tertinggi. Dalam masa yang sama, jualan saham syarikat teknologi memperlahan dan pelabur turut meningkatkan pegangan mereka dalam saham berkaitan pemulihan.

Vaksin | Lebih setengah juta daftar melalui MySejahtera
Seramai 637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui aplikasi MySejahtera. Ketua Penolong Pengarah Kanan bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Badminton Campuran | Beregu harapan tidak sabar gegar Brimingham
Impian yang tersemat sejak 11 tahun lalu akhirnya terlaksana. Beregu harapan, Hoo Pang Ron bersama Cheah Yee See sudah tidak sabar untuk gegar bumi Birmingham. Buat julung kalinya, mereka akan ke Kejohanan All England bulan depan.

Olimpik Tokyo | Presiden baru utamakan kesamarataan jantina
Presiden baharu sukan Olimpik Tokyo menekankan cita-cita untuk memberi kesan yang berkekalan terhadap kesamarataan jantina di Jepun. Beliau mula melaporkan diri kepada Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa secara rasmi pada Rabu.

Isu murtad: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tiada kuasa bicara kes wanita Indonesia
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan dakwaan murtad membabitkan seorang wanita Islam bukan warga Malaysia yang tular baru-baru ini.

Wanita khayal lari sekatan jalan raya di Lawas ditahan polis
Polis menahan seorang wanita yang memandu dalam keadaan berbahaya ketika merentas sempadan Brunei-Lawas di pekan Lawas pada Selasa.

Identiti lelaki dipercayai murtadkan wanita Islam sudah dikenal pasti - Polis
Ini susulan pemeriksaan polis di sebuah rumah di Perjiranan Bandar Dato Onn, di sini, pada 9.50 malam 19 Feb.

Kerajaan Sabah akan pastikan individu tular hidang telur penyu dihukum
Ada pihak tidak prihatin hal berkenaan dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sudah diminta untuk menyiasat perkara itu.

Gangguan seksual: Semua anggota terlibat dikeluarkan dari tugasan SJR
Tindakan tegas dari sudut jenayah dan tatatertib juga akan diambil terhadap semua yang terlibat sekiranya didapati bersalah.

Di mana suara anda Rina Harun? - Kasthuri Patto
Kasthuri Patto berkata, Jika Rina Harun lebih peka sebagai seorang Menteri, orang tak kisah dengan perubahan beliau

Kerana tatu, wanita dipecat selepas baharu 30 minit ditawarkan kerja
Gara-gara ukiran tatu, seorang wanita yang baharu sahaja ditawarkan bekerja sebagai pengurus jurujual 'dipecat' dalam tempoh 30 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya nafi terlibat penganjuran majlis langgar SOP PKP
Katanya dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan majlis itu adalah tidak benar, malah pemilik rumah berkenaan telah dikenakan kompaun.

Syarikat kurier mohon maaf, salah faham punca pekerja mogok
Syarikat itu menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku kerana sebahagian pekerja tidak berpuas hati dengan sistem pengagihan bonus yang kurang jelas.

Apa hal ni? Tular kakitangan syarikat kurier baling barang pelanggan
Seorang pekerja dilihat turut membaling barangan pelanggan, selain kedengaran teriakan dipercayai sebagai meluahkan rasa tidak puas hati.