awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumbuk ibu tak bagi RM10, buruh kena penjara setahun

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/11/2023
06:39 MYT
Tumbuk ibu tak bagi RM10, buruh kena penjara setahun
Chai Chon Tak, 29, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah. - Gambar/ Sinar Harian
TELUK INTAN: Seorang buruh sawit dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Khamis kerana menumbuk ibu kandungnya selepas tidak diberikan RM10 untuk membeli dadah, Isnin lalu.
Majistret T Ashvinii menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Chai Chon Tak, 29, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Menurut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas ibu kandungnya, di sebuah rumah di Lorong Taman Langkap Jaya, di sini, kira-kira jam 3 petang, Isnin lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tuduhan itu dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara dua kali ganda panjang dari tempoh maksimum pemenjaraan untuk kesalahan mengikut seksyen yang berkaitan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, lelaki itu didapati menumbuk lengan kiri ibu kandungnya kerana tidak memberikan RM10 untuk tujuan membeli dadah.
Mangsa bertindak membuat laporan polis kerana kejadian itu sering berlaku serta takut terjadi perkara yang tidak baik terhadapnya.
Polis kemudiannya menahan suspek di tepi jalan Desa Maju Langkap, kira-kira jam 9.30 malam, Isnin lalu.
Mahkamah memutuskan tertuduh dihukum penjara satu tahun daripada tarikh dia ditangkap, pada 27 November lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), F Faustina.
Topic Berkaitan
#tumbuk ibu
#penagih dadah
#minta duit
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan