awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpahan minyak diesel punca kemalangan tujuh kenderaan

Bernama
Bernama
22/07/2025
14:10 MYT
Tumpahan minyak diesel punca kemalangan tujuh kenderaan
Tumpahan minyak diesel dari sebuah lori di Jalan Masjid Negeri di George Town hari ini dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk dua buah kereta. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Tumpahan minyak diesel dari sebuah lori di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk dua buah kereta.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Mohd Azmiza Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tumpahan minyak itu pada 3.39 petang sebelum bergegas ke lokasi.
"Sebaik tiba, bomba mendapati terdapat kemalangan membabitkan dua kereta dan lima motosikal akibat jalan licin dipercayai akibat tumpahan minyak daripada lori yang membawa diesel. Lori itu kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
"Seorang penunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan pihak bomba menjalankan operasi pembersihan dengan menggunakan aliran air dan serbuk pencuci bagi mengelakkan kejadian lebih serius," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 5.47 petang selepas kawasan terlibat sejauh lebih satu kilometer disahkan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tumpahan minyak diesel
#Jalan Masjid Negeri
#kemalangan tujuh kenderaan
#BBP Jalan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami