Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa keputusan parti untuk mengosongkan kerusi Port Dickson tidak sepatutnya dipanjangkan lagi dan sebaliknya tumpuan parti sekarang adalah memastikan kemenangan milik Pakatan Harapan (PH).
Beliau, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata perkara itu tidak perlu dibincang panjang lagi.
"Saya rasa tumpuan kita sekarang untuk memastikan kerusi Port Dickson itu kekal di tangan Pakatan Harapan melalui PKR dan saya telah menggesa anggota parti untuk bersatu dan bekerja kuat bagi mengekal kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan dengan anggota dan pemimpin PKR dari Wilayah Utara di sini malam tadi.
Mohamed Azmin berkata demikian selepas ditanyakan pandangannya terhadap keputusan pengosongan kerusi Port Dickson bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding, yang didakwa hanya dibuat oleh beberapa individu dalam parti sahaja.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, semalam mengumumkan mengosong kerusi yang disandangnya untuk ditandingi Anwar dalam usaha PH agar beliau boleh masuk dalam Parlimen.
Bagaimanapun bagi mengulas mengenai dakwaan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengenai keputusan Danyal mengosongkan kerusi untuk Anwar hanya dibincang oleh kelompok tertentu, Mohamed Azmin berkata pandangan beberapa pemimpin itu adalah pandangan serius dan harus diberi perhatian.
"Saya percaya perkara ini boleh kita selesai dalam muafakat parti supaya tidak berlaku, terlepas pandang seperti ini pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Mohamed Azmin, yang juga calon Timbalan Presiden, pada pemilihan PKR kali ini, turut menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar PKR dalam tempoh masa terdekat.
"Nama pun khabar angin, macam mana lah saya nak respon dengan khabar angin ini... jangan terpengaruh dengan cerita seperti ini.
"Saya antara pemimpin yang telah bersama-sama dengan rakyat untuk membawa perubahan, tak kan setelah dah menang, dah berubah saya nak tinggal perjuangan ini. Ini satu tohmahan yang tidak berasas," katanya.
Tambahnya, beliau percaya anggota parti kini sudah cukup matang untuk melihat siapa yang telah diuji dan teruji dalam pemilihan parti kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 14 2018
AZMIN: Macam mana lah saya nak respon dengan khabar angin ini. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Parlimen: Komitmen kerajaan ke atas syarikat memonopoli bekalan ubat akan dibatal
Kerajaan akan membatalkan komitmen pembelian ubat dengan beberapa syarikat yang memonopolikan pembekalan itu.