KUALA LUMPUR:Polis menahan 502 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah itu seramai 470 individu dikompaun manakala 32 lagi direman.

Berikut merupakan tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 14 November.

1. 470 individu dikompaun, 32 direman ingkar arahan PKP.

2. Seramai 38 PATI ditahan melalui Op Benteng kerana cuba memasuki sempadan negara.

3. 250 sekatan jalan raya dijalankan, lapan kenderaan dirampas.

4. 66,823 individu telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk antarabangsa.

5. 9,569 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 388 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.