awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2024
22:45 MYT
Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia
Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Berita duka pemergian Abdul Taib ke rahmatullah disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof kepada Astro AWANI sebentar tadi.
"Sekarang jenazah akan dimandikan dan Insya-Allah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghornatan terakhir (peringkat Semenanjung) sebelum jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak," kata Fadilah.
Allahyarham Abdul Taib yang genap 87 tahun pada 21 Mei lalu akan dibawa pulang ke Kuching hari ini dan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir.
Jenazah Allayarham akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.
Sebelum ini, Abdul Taib merupakan satu-satunya figura politik era penubuhan Malaysia yang masih hidup dan pernah berada dalam Kabinet Sarawak yang ditubuhkan pada 22 Julai 1963.
View this post on Instagram
A post shared by Hanifah Hajar Taib (@hanifahhajartaib)
Topic Berkaitan
#Tun Abdul Taib Mahmud
#Abdul Taib Mahmud meninggal dunia
#Raghad Kurdi Taib
#Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan