Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2017 pada istiadat penganugerahan Diploma Pascasiswazah Intan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyampaikan anugerah berkenaan kepada Nori Abdullah yang mewakili ayahandanya pada majlis tersebut.
Ali dalam ucapannya berkata Abdullah merupakan negarawan ulung dan telah menabur khidmat bakti yang besar kepada perkhidmatan awam dan negara.
Abdullah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) selama 14 tahun dari 1964 sebelum menamatkan perkhidmatan pada 1978 untuk bergiat aktif dalam politik.
Selepas insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Abdullah diberi kepercayaan untuk berkhidmat di Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi membantu Tun Abdul Razak Hussein sebagai pengarah Mageran ketika itu.
Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta seterusnya dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di kementerian sama.
Abdullah dalam ucapan balasnya yang dibacakan Nori berkata penganugerahan berkenaan amat bererti baginya dan mengimbau pengalaman menyertai perkhidmatan awam pada 1964 selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya.
"Pengalaman dalam perkhidmatan awam sebagai pentadbir membantu menyiapkan diri saya sebagai pemimpin (selepas menyertai politik)," katanya.
Abdullah turut menasihatkan seramai 377 PTD muda yang menerima diploma hari ini supaya tidak ingkar amanah dan tidak terlibat dengan salah laku terutamanya menyebarkan maklumat yang tidak sahih dalam media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2017

Tun Abdullah dianugerahkan Felo Intan 2017 pada istiadat penganugerahan Diploma Pascasiswazah Intan di MAEPS di sini hari ini. - Foto fail Bernama

Berbasikal | TSG terus cemerlang di Turki
Khabar gembira dari sukan berbasikal, Terengganu Cycling Team (TSG) menang lagi di Turki...kali ini, menerusi kayuhan Carlos Quintero dan Metkel Ayob, sekaligus berjaya tamatkan kempen di Turki dengan cemerlang.

Ibu 12 anak jual jamu selepas spa terpaksa ditutup akibat COVID-19
Rabtahwati bernasib baik apabila dia mewarisi kemahiran memproses jamu daripada neneknya yang merupakan seorang bidan.

Penduduk Kampung Melayu Seelong terima air melalui projek Wakaf Air
Pelaksanaan projek melibatkan penyambungan sistem retikulasi dan ditakung dalam tangki sedutan berkapasiti 500 gelen.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894349/26093765541615250303058_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam #AWANIpagi 9 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Malaysia muktamad terima 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech 2. Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

Wilfred Madius Tangau nafi lompat parti sokong PN
Berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

Bola Sepak | Kedah belum tentu beraksi dengan Renan Alves
Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak belum tentu boleh menagih kudrat Renan Alves bagi pertemuan dengan Sabah, walaupun tonggak pertahanan itu direhatkan ketika tewas 0-2 kepada Johor Darul Takzim pada aksi pembuka tirai Liga Super 2021. Aidil turut berkongsi bersama wartawan, Shahrazad Sani tentang situasi kecederaan yang mungkin memaksa pembentukan semula barisan pertahanan termasuk tanpa penjaga gawang utama, Ifwat Akmal Che Kassim.

COVID-19 | WHO tidak sarankan pasport vaksin ketika ini
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan berkaitan cadangan mewujudkan pasport vaksin bagi membolehkan perjalanan antarabangsa semasa pandemik COVID-19. Ini kerana wujud pertimbangan etika disebabkan ketidaksamarataan dalam pemberian vaksin ketika ini.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 117 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Lawatan Arab Saudi | PM tiba di Riyadh, disambut Putera Mahkota
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh malam selasa bagi meneruskan program lawatan rasmi di Arab Saudi. Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dari Madinah di Terminal Diraja disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Raja Salman kira-kira jam 8.25 malam waktu tempatan.

Liga Malaysia | Penonton boleh kembali ke stadium
Berita baik buat semua peminat sukan bola sepak tanah air apabila anda mungkin boleh kembali ke stadium tidak lama lagi. Menteri Belia Dan Sukan, Dato' Seri Reezal Naina Merican menyatakan KBS bersama Liga Bola Sepak Malaysia, MFL bakal memberi usul "protokol pengurusan penonton" kepada Majlis Keselamatan Negara, MKN bagi kelonggaran untuk penonton menyemarakkan arena bola sepak musim ini.

Tun Abdullah dianugerah Felo Intan 2017
Tun Abdullah dianugerahkan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2017 pada istiadat penganugerahan Diploma Pascasiswazah Intan di MAEPS di sini hari ini.