awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Arifin selesai menghadap Agong selepas lebih sejam

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/06/2021
04:23 MYT
Tun Arifin selesai menghadap Agong selepas lebih sejam
Beliau yang menaiki kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dilihat terus berlalu melalui pintu 2 tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pengamal media. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Selepas lebih sejam, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria dilihat meninggalkan Istana Negara pada pukul 12.10 tengah hari.
Bekas Ketua Hakim Negara itu sebelum itu tiba di Istana Negara pada pukul 9.45 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau yang menaiki kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dilihat terus berlalu melalui pintu 2 tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pengamal media.
BACA: Tun Arifin tiba untuk menghadap YDP Agong
Sesi menghadap tersebut berlangsung selepas siri sembah maklum oleh 15 wakil ketua parti pada Rabu hingga Jumaat lalu, sebelum ia berakhir pada Isnin (semalam).
Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Jawatan kuasa terbabit akan dipengerusikan oleh Tun Ariffin.
Selain Tun Arifin, 18 lagi individu turut menganggotai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.
Keanggotaannya terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.
Dalam perkembangan lain, Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu turut yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara, pada Rabu (esok).
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan perbincangan atas inisiatif Al-Sultan Abdullah itu berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya ketika tempoh darurat.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Tun Arifin Zakaria
#Bekas Ketua Hakim Negara
#Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan