Skip to main content

Malaysia

Tun M bakal timang cicit, Ally Mukhriz hamil

Ally Mukhriz, anak bekas Menteri Besar Kedah dan cucu Tun Dr Mahathir, mengumumkan berita kehamilannya dalam video tular di media sosial.
Ally mendirikan rumah tangga bersama Ezran pada Februari 2020. - Gambar/ Gempak

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menimang cicit apabila cucunya, Meera Alyanna Mukhriz atau lebih dikenali sebagai Ally Mukhriz, disahkan hamil.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ally menerusi sebuah video yang tular di platform media sosial termasuk TikTok dan Instagram.

Advertisement

Dalam video berkenaan, Ally dilihat memaklumkan berita kehamilannya kepada Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, dalam suasana penuh emosi bersama keluarga terdekat.

Reaksi pasangan itu yang kelihatan terharu dan bersyukur turut mencuri perhatian netizen, dengan rata-rata mereka mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan beliau dan kandungannya.

Ally merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Ezran Daud Cheah pada Februari 2020.

Sebelum ini, Ally pernah berkongsi mengenai perjalanan rawatan kesuburan in-vitro fertilization (IVF) yang dijalaninya sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
 

Must Watch Video