Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap China akan bersimpati dengan isu fiskal semasa yang dialami Malaysia pada ketika ini.
Ia susulan tindakan beliau menilai semula termasuk kemungkinan membatalkan projek berkaitan China yang berjumlah lebih RM81 bilion.
"Kami berharap supaya China memahami masalah yang berdepan dengan Malaysia ketika ini.
"Saya percaya, China akan melihat dengan lebih simpati terhadap masalah yang sedang diselesaikan iaitu berkaitan isu fiskal dalaman," katanya pada sidang media bersama rakan sejawatnya, Li Keqiang di Great Hall of The People di sini hari ini.
Walaupun Dr Mahathir tidak menyatakan secara terperinci, namun sebelum lawatannya ke China, beliau menyatakan antara tujuan lawatan termasuk membincangkan berkenaan projek infrastruktur yang dikatakan 'tidak adil'.
Antaranya termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).
Mengulas berkenaan perdagangan bebas yang berkait perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS), Dr Mahathir berkata perdagangan bebas bererti perdagangan yang adil.
"Perdagangan bebas adalah perdagangan yang adil. Kita perlu sentiasa ingat, tahap pembangunan setiap negara tidak sama. Kita tidak mahu kolonisme versi baharu berlaku sebab negara miskin tidak mampu bersaing dengan negara yang kaya semata-mata disebabkan perdagangan bebas.
"Ia perlu perdagangan yang adil. Justeru saya menyokong perdagangan bebas bersama dengan Li sebab saya fikir ini adalah yang perlu dilaksana di seluruh dunia," jelasnya menjawab soalan wartawan berkait isu perang perdagangan China-AS.
Selain pertemuan empat mata bersama Li, kedua pemimpin negara itu turut menyaksikan majlis pemeteraian lima perjanjian persefahaman (MOU) melibatkan kepentingan bersama.
Lima MoU itu melibatkan persetujuan dua hala mengenai pertukaran mata wang, protokol untuk pengeksportan buah durian sejuk beku, pembangunan dan promosi biofuel yang dihasilkan daripada minyak sawit Malaysia, kerjasama dalam bidang teknologi jalan raya menggunakan bitumen daripada getah, selain kerjasama dalam peraturan perakaunan serta audit.
Dr Mahathir bersama delegasi sebelum itu menerima sambutan negara oleh China di Great Hall of The People, di sini.
Antara Menteri Kabinet Malaysia yang hadir adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Aug 20 2018
Dr Mahathir dan isteri bergambar bersama rakan sejawatnya Li Keqiang dan isteri di Great Hall of The People. -Jabatan Penerangan
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.