Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru kajian menyeluruh dibuat bagi meneliti punca kemerosotan komponen-komponen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Menurutnya, post-mortem yang komprehensif perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca sebelum melaksana sesuatu perubahan yang radikal.

“Keputusan PRU13 begitu mengejutkan. Kita perlu kenal pasti mengapa prestasi BN merosot pada pilihan raya kali ini berbanding di tahun 2008 bagi mengatasinya supaya ia tidak berulang lagi,” kata Mahathir dalam sidang media.

Pada PRU13, BN berjaya menguasai 133 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi pada tahun 2008.