BARU-BARU ini UMNO membuat ketetapan untuk bersama Perikatan Nasional (PN) sehingga pembubaran Parlimen dan tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ketetapan UMNO tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah menimbulkan polemik dalam kalangan pemimpin politik sehingga ke akar umbi.
Ada juga pemimpin UMNO negeri yang mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO negeri bebas untuk membuat ketetapan sama ada parti itu akan bersama Bersatu atau tidak dalam PRU15.
Adakah keputusan yang diambil oleh UMNO, selaku peneraju BN memberikan bayangan bahawa UMNO akan bertanding secara bersendirian dalam PRU15?
Apakah reaksi rakan-rakan sekutu BN tentangnya?
Adakah pendirian UMNO tersebut akan menimbulkan dilema buat MIC sebagai ahli komponen BN dalam menghadapi PRU15?
Gagasan Politik
Selepas tumbangnya kerajaan BN, sebuah gagasan politik iaitu Muafakat Nasional (MN) yang disertai oleh UMNO dan Pas timbul dalam arena politik.
Pakatan politik ini ditubuhkan atas sentimen Melayu yang mahu menyatukan orang Melayu bagi menghadapi fenomena kehakisan kuasa politik orang Melayu berbanding kuasa bukan Melayu terutamanya DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurut sesetengah penganalisis politik tanah air, langkah Sheraton pada 2020 yang melahirkan kerajaan PN adalah untuk mengehadkan dan menyekat monopoli kuasa DAP dalam kerajaan, yang kononnya cuba menghakis kuasa dan kepentingan orang Melayu sebagai golongan pribumi di Malaysia.
Atas dasar tersebut juga, UMNO bangun menyokong kuat kerajaan PN yang diterajui Bersatu untuk mengembalikan kuasa politik orang Melayu.
Peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad secara tiba-tiba telah membuka jalan bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri.
Kejatuhan kerajaan PH disambut baik dan menggembirakan sebahagian besar orang Melayu.
Namun demikian, sejak PN mengambil alih pentadbiran kerajaan, senario politik di Malaysia sering berubah angin.
Boleh dikatakan bahawa politik Malaysia menjadi alat mainan ahli politik yang menggunakan dadu 'nombor'.
Hubungan antara UMNO dan Bersatu semakin renggang kerana parti itu mendakwa kononya Bersatu membelakangkan kepentingan UMNO dalam kerajaan PN.
Keregangan antara dua parti itu sering terpampang dalam media, terutamanya tentang pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU15.
Dalam pada itu, sekutu kerajaan PN seperti Pas, STAR, SAPP dan Gerakan masih tetap menyokong kepimpinan Bersatu menerajui PN sehingga kini.
Malah Ahli-ahli Parlimen yang keluar BN dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus menyokong PN kepimpinan Muhyiddin.
Dalam pada itu, banyak pihak meramal kerajaan PN akan tumbang pada bila-bila masa sahaja kerana ketiadaan sokongan majoriti di Parlimen yang hanya mendapat sokongan lebih kurang 114 Ahli Parlimen, termasuk UMNO (38), Bersatu (31), GPS (18), Pas (18), MCA (2), MIC (1), STAR (1), PBRS (1) dan PBS (1).
Kedudukan PN di Parlimen adalah seperti telur di hujung tanduk.
Bendung Pandemik
Walaupun PN yang menerajui kerajaan menghadapi pelbagai kekangan, Muhiyiddin yang mengemudi PN tetap melaksanakan pelbagai usaha dan program bagi membela kebajikan rakyat terutamanya dalam membendung pandemik COVID-19, yang meraih sokongan rakyat.
Pada masa yang sama, kenyataan beberapa Ahli Parlimen daripada PKR dan DAP yang menyokong kerajaan PN juga dijangka memantapkan pengukuhan kerajaan PN.
Sementara itu, jangkaan Parlimen akan bersidang kembali selepas bulan Ogos, turut menimbulkan pelbagai spekulasi, khasnya tentang jangka hayat kerajaan PN. Spekulasi PRU15 akan diadakan pada bila-bila masa tersebar luas.
Ekoran itu, soal pengagihan kerusi bagi parti-parti PN juga semakin panas diperbualkan.
Kita perlu mengambil maklum bahawa prestasi BN hanya cemerlang sebelum PRU12. Sokongan terhadap BN mula merosot dan prestasi merudum pada PRU12.
Gelombang Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) yang tercetus pada tahun 2007, menyebabkan tsunami politik pada PRU12. Ramai pengundi India mengalihkan sokongan mereka kepada pihak pembangkang.
Ia menyebabkan parti-parti komponen BN seperti MIC, MCA dan Gerakan mengalami kekalahan teruk.
Pola kemerosotan terhadap BN terus diterjemahkan dalam PRU13 dan PRU14.
UMNO hanya memenangi 79 kerusi pada PRU12, 88 kerusi pada PRU13 dan 54 kerusi pada PRU14, manakala MIC yang diperuntukkan sembilan kerusi Parlimen hanya mampu memenangi tiga kerusi pada PRU12, empat kerusi pada PRU13 dan satu kerusi sahaja pada PRU14.
Prestasi MCA dan Gerakan juga amat mengecewakan dengan kehilangan sokongan sebahagian besar pengundi Cina.
Ramai penganalisis politik menyifatkan parti-parti tersebut sebagai liabiliti kepada BN.
Persoalanya, dengan perkembangan politik mutakhir, adakah BN yang diterajui UMNO mampu bertanding secara bersendirian?
Mampukah BN memenangi majoriti kerusi untuk menubuhkan kerajaan pada PRU15?
Tatkala ini, dapat dilihat sokongan pengundi Melayu agak berpecah kepada beberapa parti yang mewakili kepentingan Melayu, terutamanya UMNO dan Bersatu.
Sambil solidariti UMNO kelihatan mula rapuh, Pas dan MIC kelihatan semakin kuat dan kukuh, terutamanya MIC kepimpinan Tan Sri SA Vigneswaran.
Sekiranya andaian kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar orang Melayu tersebut, BN yang didukung UMNO dan PN yang disokong Bersatu, bertanding bersendirian tanpa sebarang kerjasama politik dalam PRU15, maka hanya parti yang mendapat sokongan Pas dan MIC akan berpeluang untuk memenangi majoriti kerusi daripada 165 kerusi yang terletak di Semenanjung.
Namun, media saban hari melaporakan kononnya timbul titik-titik perpecahan bukan sahaja antara ketua-ketua parti yang menyertai PN malah antara komponen BN.
Media juga melaporkan timbul kurang bersefahaman dalam barisan utama UMNO terhadap hala tuju parti itu, terutamanya strategi menghadapi PRU15.
Maka perkembangan terbaru ini dijangka mencetuskan perpecahan dalam BN sebelum PRU15.
Malah, perkembangan terbaru dalam medan politik juga menunjukkan bayangan akan terbentuk satu pakatan politik baru menjelang PRU15 seperti terbentuknya pakatan politik pada saat terakhir, PH, antara parti-parti yang bermusuhan sekian lama untuk menghadapi PRU14.
Apa pun pakatan politik baru yang terbentuk untuk menghadapi PRU15 nanti perlu mengambil kira kekuatan baharu MIC kepimpinan SA Vigneswaran.
Tidaklah keterlaluan juga sekiranya menyimpulkan bahawa MIC pada kali ini akan muncul sebagai 'kingmaker' atau penentu dalam PRU15.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, sosio-budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Mar 08 2021
Pakatan politik baru yang terbentuk untuk menghadapi PRU15 nanti perlu mengambil kira kekuatan baharu MIC kepimpinan SA Vigneswaran.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.