awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M mahu Malaysia jadi hab teknologi serantau

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/08/2018
09:33 MYT
Tun M mahu Malaysia jadi hab teknologi serantau
Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bersalaman dengan Perdana Menteri China Le Keqiang selepas sidang media bersama pada Majlis Sambutan Rasmi di Great Hall of The People. -Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Malaysia menjadi hab teknologi di rantau Asia Tenggara hasil inovasi daripada China.
Perdana Menteri menegaskan konfrontasi bukan penyelesaian masalah, sebaliknya perlu mencari titik persamaan dalam memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.
“Banyak yang perlu dilakukan dalam mengukuhkan hubungan di antara Malaysia dan China. Ketika ini, Malaysia ialah rakan dagang terbesar China di rantau Asia Tenggara.
“Jadi saya berharap Malaysia melalui China akan menjadi hab kepada Asia Tenggara berkenaan teknologi terbaru yang dibangunkan di China,” ujarnya pada sidang media bersama rakan sejawatnya Li Keqiang di Great Hall of the People, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Li pada sidang media sama berkata China akan mengimport lebih banyak produk dari Malaysia termasuk minyak sawit dan produk pertanian.
“China dan Malaysia telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah perdagangan di mana China akan mengimport lebih banyak produk Malaysia yang akan memenuhi permintaan rakyat China,” jelasnya.
Selama sembilan tahun berturut-turut, China merupakan rakan dagang utama buat Malaysia di mana pada 2017, jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah RM290.65 billion.
Topic Berkaitan
#China
#hab teknologi
#inovasi daripada China
#Li Keqiang
#Mahathir Mohamad
#rakan dagang terbesar China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan