Tun Dr Mahathir mengulas desakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa supaya parti itu keluar dari pakatan pembangkang.

"Saya ingat PAS tidak berani keluar kerana mereka bergantung sangat kepada DAP dan kalau mereka keluar, mereka akan pasti kalah.

"Jadi Pas akan kekal dengan DAP kerana mereka cukup sayang kepada (pengerusi DAP) Karpal Singh,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir menjelaskan PAS juga telah menyambut harijadi dan perayaan Thaipusam bersama Karpal.

“Ini menunjukkan mereka takkan bercerai," tambahnya lagi.

Nasharudin sebelum ini mendesak PAS keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Tegas Nasharudin walaupun menjalin hubungan berasaskan konsep muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengugat kesucian Islam di negara ini.