Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Beijing Capital International Airport di sini hari ini untuk lawatan kerja lima hari ke China dan menghadiri Forum kedua Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) bagi Kerjasama Antarabangsa (BRF).
Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendarat di lapangan terbang itu pada 8 malam.
Perdana menteri berusia 94-tahun itu disambut semasa tiba oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, pegawai-pegawai kanan China dan kuasa usaha Kedutaan Malaysia di China Nuryante Mohd Yazid.
Beliau memeriksa barisan kehormat terdidri daripada anggota angkatan tentera China.
Ini lawatan kedua Dr Mahathir ke China sejak mengetuai Pakatan Harapan (PH), gabungan parti-parti politik, memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Mei tahun lepas.
Perdana Menteri melawat China pada Ogos tahun lepas. Semasa penggal pertamanya sebagai perdana menteri Malaysia dari 1983 hingga 2003, beliau melawat negara ini tujuh kali.
Selain menghadiri forum mengenai inisiatif OBOR bersama 36 pemimpin dunia dan beratus-ratus perwakilan, Dr Mahathir akan juga mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan China Li Keqiang dan Presiden Xi Jinping, di mana isu-isu kepentingan bersama mendominasi agenda.
Dr Mahathir dan Keqiang akan menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani mengenai langkah meningkatkan perdagangan minyak sawit antara kedua-dua negara dan projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM44 bilion.
China adalah rakan dagang Malaysia terbesar sejak 10 tahun lepas dengan jumlah dagangan tahun lepas meningkat 8 peratus kepada RM313 bilion.
Terkenal sebagai seorang tokoh yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang teknologi terbaru, perdana menteri akan juga meluangkan masa melawat syarikat telekomunikasi terkemuka China, Huawei Technologies dan melihat dari dekat kelebihan teknologinya.
Beliau akan juga melawat Sensetime Ltd, peneraju global teknologi Artificial Intelligence (AI) dan mengadakan sesi dialog dengan kapten industri China serta sektor swasta dan cuba menarik mereka melabur di negara Asia Tenggara.
Perdana menteri akan berlepas pulang pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019
Dr Mahathir bersalaman dengan Saifuddin sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing malam ini. --fotoBERNAMA
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.
Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing
Pilihan raya tersebut menyusul ketika Beijing meningkatkan tekanan untuk mendapatkan pulau itu menerima kedaulatannya.
Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda
Kawasan perbandaran Beijing mengalami lebih banyak salji pada Khamis dengan gelombang sejuk dijangka melanda ibu negara China itu pada Jumaat.
33 maut hujan paling lebat landa Beijing
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan
Beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan berpangkat tinggi dirancang sebelum Blinken berlepas pada Isnin.
Gelombang panas landa beijing, suhu cecah 39 darjah Celsius
Bandar raya Beijing mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan suhu tinggi diramal mencecah 39 darjah Celsius pada Jumaat, menurut pihak berkuasa cuaca tempatan.
Diplomat kanan China, AS bincang tingkatkan hubungan dua hala
Perbincangan itu diadakan di Beijing pada 5 Jun, lapor Sputnik yang memetik Kementerian Luar China pada Selasa.
Presiden Xi mahu Beijing terajui bidang sains dan teknologi
China komited meneruskan strategi keterbukaan serta sedia berganding tangan dengan semua untuk mempromosi inovasi sains dan teknologi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.