LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju langkah bailout digunakan untuk menyelamat Sapura Energy Berhad (SEB) yang berdepan kemelut kewangan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.
Beliau berkata, Sapura mendapat pelaburan daripada banyak institusi milik rakyat dengan tujuan supaya mereka mendapat keuntungan daripada Sapura.
“Sapura telah berkembang dengan cepat tetapi kita tak tahu macam mana dia boleh jadi rugi begitu besar. Jadi pelabur-pelabur sekarang ini akan rugilah.
“Jadi, apabila rugi kita perlu cari jalan untuk kurangkan kerugian. Tapi bila orang gagal, kita bailout.
"Ini bukan perniagaan. Dalam perniagaan ada masa kita untung, ada masa kita rugi,” katanya.
Mahathir berkata sedemikian ketika mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan menyelamatkan Sapura kerana syarikat itu milik rakyat, di Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk, Pantai Chenang, di sini, pada Isnin.
Pada Khamis, Najib memberi pandangan supaya Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengambil alih Sapura Energy untuk mengelak syarikat itu diisytihar muflis.
Menurut Najib, cadangan itu antara syor digariskan sebagai langkah untuk menyelamatkan Sapura Energy memandangkan Petronas memiliki kepakaran dengan satu lagi pilihan membabitkan pinjaman bank kepada syarikat itu yang dijamin kerajaan.
Najib memberi cadangan itu pada debat perdana antaranya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 16 2022

Dr Mahathir ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk dekat Pantai Chenang di Langkawi, semalam. --fotoBERNAMA

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022) [INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975870/8967789641656504253072_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)

Hampir 50,000 kontraktor Melayu 'gulung tikar'
Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.
![[INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021 [INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975869/thumbnails/8967789641656503525717_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021
![AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975867/thumbnails/19650021631656502960700_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hasan #AWANIBorneo 29 Jun 2022: - Bekalan RON95 di Sarawak cukup dan stabil, tidak habis seperti didakwa. - Syarikat Australia berminat melabur untuk bina loji bateri Lithium-Ion di Sarawak. - Penduduk Khazanah Indah bersuara, sampai bila perlu hadap masalah air dan sampah?

Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy
KKM menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga.

Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Kes Siti Bainun: Pegawai polis buat analisis telefon bimbit papar gambar dan video Bella
Beliau mengambil masa lebih tiga jam untuk mengekstrak gambar dan video dalam telefon bimbit itu.

Malaysia, Australia suarakan semula komitmen pertingkat hubungan perdagangan dua hala
Malaysia dan Australia menyatakan semula komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan dua hala.

Warisan Sarawak | Perkasa industri songket, bantu sosioekonomi tempatan
Pengiktirafan songket Sarawak sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di peringkat global dilihat mampu untuk memacu industri itu sekali gus memperkasa komuniti penenun songket. Dengan mengkomersialkan pelbagai produk barangan budaya, ia mampu mencipta sosioekonomi tempatan dan menyumbang kepada ekonomi pelancongan.

Sapura Energy catat keuntungan bersih sebanyak RM91.93 juta pada suku pertama
Hasil, bagaimanapun, jatuh 39.7 peratus kepada RM886.08 juta daripada RM1.47 bilion setahun lepas.

Sapura Energy peroleh kontrak RM2.7 bilion di rantau Asia-Pasifik, Atlantik
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sapura Energy menjelaskan RM176 juta daripada nilai itu disumbangkan oleh syarikat usaha samanya.

Bekas CEO Sapura Energy saman Rafizi
Writ saman diterima sekitar jam 11.30 malam ketika menghadiri satu majlis di Kuantan, Pahang 11 Mei lalu.

Najib saran Sapura contohi AAX kembalikan keuntungan
Beliau berkata demikian susulan laporan AAX yang berjaya merekodkan keuntungan sebanyak RM33.6 bilion bagi suku ketiga tahun 2022.

Sapura Energy rangka pelan penyusunan semula tangani status PN17
Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata ia sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani status PN17 itu.

Sapura Energy jual kapal dengan nilai AS$71.50 juta
Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura 3000 Pte Ltd memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) untuk penjualan kapalnya, dikenali sebagai Sapura 3000.

Kemerosotan Sapura tidak menjadi masalah sistemik kepada PNB
Dalam konteks portfolio PNB, pelaburan dalam Sapura hanya 1 peratus.

Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Debat Perdana: Najib selar dakwaan Mukhriz berkaitan isu Sapura Energy
Najib menyelar kenyataan Mukhriz yang mengatakan beliau mahu menyalahgunakan dana rizab negara dalam menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB).