KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pada Khamis sedang menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan yang dijangka mengambil masa beberapa hari lagi.
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, sehingga selesai prosedur itu, negarawan berkenaan akan kekal di pusat perubatan itu.
"Susulan prosedur operasi standard (SOP) disebabkan COVID-19, buat masa ini, tiada pengunjung dibenarkan untuk melawat beliau," kata kenyataan itu pada Jumaat.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dimasukkan ke wad kira-kira pukul 7 petang Khamis untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.
BACA: Tun Mahathir masih di IJN, jalani pemeriksaan lanjut
Untuk rekod, Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989, dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 di mana setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.
Kesemua rawatan jantung Dr Mahathir seterusnya telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Umavathi Ramayah
Fri Dec 17 2021

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dimasukkan ke wad kira-kira pukul 7 petang Khamis untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut. - Gambar fail/ Astro AWANI

Pemilihan PKR 2022: Lapan cabang undi semula akhir bulan ini, keputusan ditangguh - JPP
Pengundian semula di lapan cabang tersebut disebabkan beberapa masalah termasuk masalah teknikal yang berlaku ketika pengundian fizikal.

AWANI Ringkas: COVID-19: Berlaku penurunan kes positif pada minggu epid 20
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

WEF 2022 | Malaysia perlu hati-hati depani cabaran Global
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berpandangan malaysia perlu berhati-hati dalam mendepani cabaran global separuh kedua tahun ini. Beliau memberi komitmen bahawa kerajaan berada dalam kapasiti untuk terus membantu golongan yang terkesan akibat impak global yang dilalui Malaysia.

PM adakan lawatan ke Jepun, perkasakan Dasar Pandang ke Timur
Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana Menteri.

Bot tunda bersama tiga kru disyaki karam di Pulau Mantanani
Sebuah bot tunda Mega Jaya 2, bersama tiga kru disyaki karam di posisi 35 batu nautika barat laut Pulau Mantanani di Kota Belud, semalam.

Buli junior: Empat pelajar mengaku salah sebabkan kecederaan
Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan

Identiti dua mayat pendaki Gunung Suku sudah dikenal pasti - Ketua Polis Perak
Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa.

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

Jiwa SME | Media sosial bantu Bateqila tembusi pasaran dunia
Pandemik COVID-19 menjadi titik permulaan kepada usahawan muda batik akrilik untuk lebih aktif menggunakan media sosial sebagai platform jualan produknya. Jika dahulu kesemua pelanggannya lebih kepada 'walk-in' dan setempat, kini Bateqila mendapat tempahan dari seluruh negara termasuk United Kingdom dan Kanada.

Pembantu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan
Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah.

Dasar Pandang ke Timur berjaya, perlu kekal jadi asas strategi pembangunan Malaysia - Tun Mahathir
Hari ini, Dr Mahathir berkata terdapat hampir 1,500 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia, dan menggaji lebih 400,000 rakyat Malaysia.

Dr Mahathir dakwa Zahid Hamidi risau kes jenayah dihadapinya di mahkamah
Dr Mahathir berkata, adalah logik untuk diperkata Ahmad Zahid mempunyai perancangan untuk cuba membersihkan semula nama baiknya yang telah lama tercemar kerana kes jenayah berkenaan.

Ringgit tak stabil kerana nilai tidak ditetap, dijamin kerajaan - Tun Mahathir
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika ini ringgit tidak stabil kerana nilainya tidak ditetapkan dan dijamin pihak kerajaan.

Muhyiddin jumpa Dr Mahathir bincang kerjasama hadapi PRU15
Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendakwa pertemuan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dengan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang, berlangsung kira-kira dua minggu lalu.

Tun M dedah Zahid Hamidi datang berjumpa untuk berbaik lepas BN tumbang
Menurut Dr Mahathir, Presiden UMNO itu datang ke rumahnya bersama beberapa orang lain dan cuba berbaik-baik dengannya.

Jangan sebar berita tidak rasmi berhubung kesihatan Tun M - Annuar
Annuar meminta orang ramai mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan rawatan Dr Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN) ketika ini agar negarawan itu segera sembuh.

Raja Permaisuri Agong ziarah Dr Mahathir
Seri Paduka Baginda dilihat keluar dari IJN pada jam 9.35 pagi dan sempat melambai kepada pihak media.

Pengamal media di IJN, pantau perkembangan Tun Mahathir
Pengamal media tempatan dan luar negara sudah mula berkumpul di Institut Jantung Negara bagi memantau perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Tun Mahathir masih di IJN, jalani pemeriksaan lanjut
Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pada Khamis sedang menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan yang dijangka mengambil beberapa hari lagi.

'Najib mungkin buat kemunculan semula sebagai PM' - Tun Mahathir
Tun Mahathir tidak menolak kemungkinan Datuk Seri Najib yang disabitkan dengan pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd akan membuat kemunculan semula sebagai Perdana Menteri.