awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir menyampaikan ucaptama di Minggu Media Sosial 2015

Bernama
Bernama
16/04/2015
00:22 MYT
Tun Mahathir menyampaikan ucaptama di Minggu Media Sosial 2015
Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ceramah khas mengenai media sosial dan masa depan bersempena Minggu Media Sosial 2015
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ceramah khas mengenai media sosial dan masa depan bersempena Minggu Media Sosial 2015 di Berjaya Times Square, di sini minggu hadapan.
Naib Presiden Dewan Media Sosial Malaysia, Chris Daniel Wong berkata Minggu Media Sosial Keempat itu akan berlangsung dari 22 hingga 24 April.
"Tun Dr Mahathir akan bercakap mengenai media sosial dan masa depannya pada 23 April," katanya kepada Bernama hari ini.
Chris berkata minggu berkenaan dengan tema 'Engage, Educate and Entertain' (Libat, Didik dan Hibur) akan membimbing peserta untuk melihat bagaimana menggunakan media sosial dengan lebih berkesan.
Antara aspek yang akan diberi fokus ialah 'the crowdsourcing' atau kaedah menggunakan media sosial sebagai alat merangsang pertumbuhan pelbagai industri seperti pelancongan dan bisnes, daripada setakat tujuan politik dan gosip.
Kira-kira 30 penceramah antarabangsa dari negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura, dan 10 penceramah tempatan terdiri daripada blogger terkenal dan pengamal industri media sosial akan memperkongsikan idea pada majlis itu.
Minggu Media Sosial 2015 mensasarkan 500 peserta, dari peringkat antarabangsa dan tempatan untuk persidangan yang dijadual pada 22 dan 23 April dan 150 untuk bengkel pada 24 April.
Mereka yang berminat menyertai persidangan atau bengkel sila layari www.socialmediaweek.com.my untuk butir lanjut.
Topic Berkaitan
#Chris Daniel Wong
#Mahathir Mohamad
#Minggu Media Sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan