Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Peguam R. Sivarasa yang mewakili Anwar memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan sebelum prosiding perbicaraan yang masuk hari kelapan itu bermula dan hakim itu kemudiannya mengarahkan Sivarasa memfailkan pernyataan saksi kedua-dua pemimpin itu sebelum 16 Feb.
Sivarasa berkata pihaknya turut memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Anggota Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk memberi keterangan dan mereka telah memfailkan pernyataan saksi kepada mahkamah.
Sementara itu, Sivarasa ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata mahkamah memberi masa seminggu untuk pihaknya berbincang sebelum membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu (memanggil Dr Mahathir dan Muhyiddin sebagai saksi).
Katanya, kedua-dua pemimpin itu mungkin dipanggil bagi membuktikan dakwaan Anwar dalam kes saman berkenaan.
Dalam prosiding hari ini, peguam Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi Anwar dipanggil untuk memberi keterangan.
Dr Mahathir meluangkan masa selama 40 minit bersama Anwar selepas prosiding kes itu manakala
Khairy dan Muhyiddin turut hadir di awal prosiding dan mereka meninggalkan mahkamah kira-kira 9.30 pagi.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi menuntut ganti rugi RM100 juta atas dakwaan Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah mengeluarkan perkataan memfitnah terhadapnya dalam ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Feb 2008.
Anwar mendakwa perkataan memfitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' telah dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.
Prosiding di hadapan Azizul Azmi bersambung 20 Feb ini. -- Bernama
Bernama
Fri Feb 10 2017
Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sebelum ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Tun Mahathir, Muhyiddin mungkin beri keterangan dalam kes saman Anwar Ibrahim
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta.