awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2024
03:30 MYT
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Dr Mahathir pernah berkongsi rahsia mempunyai kesihatan yang baik ialah dengan bersederhana dalam pengambilan makanan dan melakukan senaman rutin. - Gambar/ FB Dr Mahathir bin Mohamad
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Sementara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula akan menyambut hari lahir ke-98 tahun pada 12 Julai ini.
Mereka mempunyai tujuh anak, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Dalam beberapa wawancara dengan akhbar, Dr Mahathir mendedahkan rahsia mempunyai kesihatan yang baik ialah dengan bersederhana dalam pengambilan makanan dan melakukan senaman rutin.
Beliau pernah menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun.
Beliau kemudian meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.
Bagaimanapun pada 2016, Dr Mahathir muncul kembali di alam politik apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menandingi Barisan Nasional (BN).
Pada 2018, dalam satu kejutan politik, Bersatu dan parti-parti bersekutunya, memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pada usia 93 tahun ketika itu, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh Malaysia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tun Mahathir
#hari lahir
#umur Tun M
#99 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan