SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia berjumpa dengan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang seperti mana dicadangkan susulan kenyataan beliau yang mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara.

"Saya harap dia datang," katanya menerusi hantaran di platform X pada Rabu.

Dr Mahathir sebelum ini dilapor mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih 'terikat' dengan negara asal mereka.

Pandangan itu disuarakan beliau dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

Dr Mahathir sebelum ini dilapor mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih 'terikat' dengan negara asal mereka.

Dr Mahathir turut mempersoalkan kewujudan parti berasaskan kaum yang wujud di negara ini.

"Yang asyik bercakap tentang multiracial dan kritik saya berkenaan isu berkaitan kaum harus bertanya kenapa wujud parti-parti berasas kaum dalam negara ini. Kenapa tidak cuma wujud parti Malaysia.

"Ada parti yang dakwa mereka parti multiracial tetapi bekas pemimpin mereka kata parti itu fake multiracial, iaitu palsu," ujarnya.

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian