NATIONAL
Tun Mohd Ali angkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka

Pada 28 Mei lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd Ali sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024. - Gambar fail/ Istana Negara
MELAKA: Tun Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua hari ini.
Ringkasan AI
- Tun Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua.
- Istiadat disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka dan Pegawai Kewangan negeri, dengan kehadiran beberapa pemimpin utama.
- Beliau dilantik semula oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan akan memegang jawatan selama empat tahun.
Pada 28 Mei lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd Ali sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024.
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau akan menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi tempoh empat tahun.
Mohd Ali, 75, sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh pada 4 Jun 2020 bagi menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob.
Mohd Ali, yang berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Batu Berendam sejak 1995 hingga 1999 dan Ketua Menteri Melaka ke-9 dari 1999 hingga 2013.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami