awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjal kepala pemandu wanita, lelaki ditahan di Perak

Fareez Azman
Fareez Azman
06/06/2023
12:41 MYT
Tunjal kepala pemandu wanita, lelaki ditahan di Perak
Video berdurasi 59 saat yang dikongsi di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tidak berpuas hati tindakan lelaki terbabit. - Ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang bertindak memukul kepala seorang pemandu wanita, yang tular dalam satu video dalam media sosial pada Selasa, telah ditahan pihak berkuasa.
Difahamkan lelaki berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini untuk tindakan lanjut.
Satu kenyataan media dijangka dikeluarkan Polis Perak dalam masa terdekat berhubung penahanan suspek.
Sebelum ini, tular sebuah video lelaki berkenaan yang menaiki Proton Persona bertindak menghentikan kenderaannya di hadapan kenderaan mangsa.
Suspek kemudian bertindak mengetuk cermin pemandu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak memukul kepala mangsa.
Video berdurasi 59 saat yang dikongsi di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tidak berpuas hati tindakan lelaki terbabit.
Topic Berkaitan
#tunjal kepala
#Lelaki ditahan
#video tular
#Cameron Highlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan