awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk kemaluan di tempat awam, lelaki akhirnya ditahan polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/09/2023
02:30 MYT
Tunjuk kemaluan di tempat awam, lelaki akhirnya ditahan polis
Suspek berusia 50-an diberkas kira-kira jam 3.30 petang Rabu di Jalan Aston, Bukit Mertajam selepas kira-kira tiga hari diburu. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya di tempat awam baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, suspek berusia 50-an diberkas kira-kira jam 3.30 petang Rabu di Jalan Aston, Bukit Mertajam selepas kira-kira tiga hari diburu sejak 3 September lalu.
“Suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPT selepas video tidak senonohnya turut tular di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Bukit bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Media sebelum ini melaporkan, polis memburu seorang lelaki yang bertindak membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di tempat letak kereta di Alma, Bukit Mertajam pada 3 September lalu.
Video kejadian itu tular apabila aksi tidak senonoh itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial oleh individu dipercayai mangsa yang berada di dalam sebuah kereta.
Topic Berkaitan
#kemaluan
#Tan Cheng San
#video tular
#tidak senonoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan