awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
[KOLUMNIS] Venezuela: Mangsa penyangak dunia berpunca kelemahan dalaman berpanjangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk kemaluan, seorang lelaki ditahan

Bernama
Bernama
19/04/2019
02:48 MYT
Tunjuk kemaluan, seorang lelaki ditahan
Lelaki berusia 50-an itu dibawa ke Mahkamah Kota Tinggi untuk permohonan reman. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita di sebuah pejabat ejen insurans, dekat Kota Tinggi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata pihaknya menahan lelaki berusia kira-kira 50-an itu di kawasan bandar (Kota Tinggi) pada 6.15 petang.
"Suspek dapat ditangkap dalam tempoh kurang 24 jam selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada 8.30 pagi semalam (Khamis).
"Pihak polis mengucapkan terima kasih atas pemberi maklumat sehingga membolehkan tangkapan dapat dibuat dengan segera," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Tinggi pagi ini untuk permohonan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan.
Semalam, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita di dalam sebuah pejabat ejen insurans di Kota Tinggi.
Rakaman berdurasi 1.29 minit itu menunjukkan suspek memasuki pejabat berkenaan, dipercayai menunjukkan kemaluannya dan cuba menangkap wanita itu, namun wanita tersebut berjaya keluar dan melarikan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahsmon bajah
#CCTV
#kemaluan
#Kota Tinggi
#pejabat ejen insurans
#reman
#tidak senonoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan