awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Abu Bakar raih podium kejuaraan GT World Challenge Asia

Bernama
Bernama
14/05/2023
14:54 MYT
Tunku Abu Bakar raih podium kejuaraan GT World Challenge Asia
Tunku Abu Bakar yang bergandingan bersama pakar lumba endurance Jerman Luca Stolz, cemerlang menamatkan saingan di kedudukan podium itu dengan catatan 1 jam 50.992 saat (s). - Foto Instagram/@tunku.abu.bakar
KUALA LUMPUR: Putera Sultan Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim melakar kejayaan buat pasukan Triple Eight Johor Motosports Racing (JMR), selepas menjuarai perlumbaan pertama kejuaraan GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Buriram di Thailand, semalam.
JMR menerusi kenyataan dikeluarkan, memaklumkan Tunku Abu Bakar yang bergandingan bersama pakar lumba endurance Jerman Luca Stolz, cemerlang menamatkan saingan di kedudukan podium itu dengan catatan 1 jam 50.992 saat (s).
Bagaimanapun, hasrat gandingan tersebut membawa momentum kemenangan pada perlumbaan kedua yang berlangsung di litar sama hari ini, terbantut selepas mereka menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11.
"Semalam adalah hari yang menakjubkan. Layak berada di petak pertama adalah kemuncak sebenar dalam kerjaya saya setakat ini dan saya sangat gembira untuk meraih kemenangan pertama.
"Keadaan agak sukar, tetapi saya sendiri, Luca dan pasukan semuanya melakukan tugas dengan hebat. Alangkah baik jika dapat mengutip mata hari ini, tapi kami masih sangat gembira pada hujung minggu ini," menurut Tunku Abu Bakar dalam kenyataan itu.
JMR turut diwakili seorang lagi putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim bersama pemandu V8 Supercars Australia Broc Feeney dalam pada itu, mengakhiri saingan perlumbaan pertama dan kedua masing-masing di kedudukan ketujuh dan ke-12.
Tunku Abu Bakar dan Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri akan meneruskan saingan pusingan kedua kejuaraan GT World Challenge Asia di Litar Lumba Antarabangsa Fuji, Jepun pada 16 hingga 18 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim
#Putera Sultan Johor
#kejuaraan
#GT World Challenge Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan