awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
Siasatan kes tembak di Selangor tunjuk perkembangan positif - KP Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Azizah, Sultan Ibrahim berkenan beri sumbangan kepada hospital

Bernama
Bernama
12/04/2020
02:00 MYT
Tunku Azizah, Sultan Ibrahim berkenan beri sumbangan kepada hospital
Dr Noor Hisham berkata, sumbangan yang diterima menjadi pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan. - Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.
Manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbangkan 42 alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hospital di seluruh Johor.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi dua catatan Facebook rasminya memaklumkan perkara itu serta menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan.
"Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.
"Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” menurut catatan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alat bantuan pernafasan
#Facebook
#Hospital Kuala Lumpur
#Hospital Sungai Buloh
#katil
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#petugas kesihatan
#Raja Permaisuri Agong
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#sumbangan
#Tunku Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan