awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia

Bernama
Bernama
23/11/2024
13:00 MYT
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan datang. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan datang, bersama Dr S. Selva Jothi sebagai Naib Pengerusi.
Setiausaha Agung BSMM Hakim Hamzah berkata barisan kepimpinan itu adalah hasil keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kebangsaan bagi penggal 2024-2027 yang diadakan di Dewan Perdana, Ibu Pejabat BSMM di sini hari ini.
Beliau berkata kepimpinan mereka yang teguh dan dedikasi tidak berbelah bahagi terhadap misi BSMM menjadi asas kepada usaha organisasi itu memberikan perkhidmatan kemanusian yang berkesan di seluruh negara.
"Majlis Kebangsaan yang baharu dipilih ini turut mengandungi empat timbalan pengerusi dan lapan ahli jawatankuasa, yang setiap seorang mempunyai kepakaran tersendiri bagi membantu kemajuan BSMM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Timbalan Pengerusi yang baharu dipilih ialah Datuk Seri Suhaimi Yacob, Dr Seri Buana Zainudin, Prof Madya Dr Abdul Ali Raja Mohamed, dan Datuk Mohd Rashidi Mohd Nor manakala M. Palany dilantik sebagai Bendahari baharu bagi penggal 2024-2027.
Menurut kenyataan itu, pemilihan Jawatankuasa BSMM Peringkat Belia Kebangsaan turut diadakan pada 16 Nov lepas dengan Norsyarmimi Che Lah dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Kebangsaan BSMM yang baharu bagi sesi 2024-2027, menggantikan Michelle Chew Shi Jie.
"Naib Pengerusi pula disandang Chong Cheng Yang manakala Elaine Tan Hwa Yoke dan Muhammad Ayisy Baharudin masing-masing dilantik sebagai Setiausaha dan Bendahari bagi penggal 2024-2027. Majlis Belia Kebangsaan juga memilih enam ahli jawatankuasa.
"Dengan barisan kepimpinan baharu ini, BSMM optimis untuk terus cemerlang dalam visi dan misi perkhidmatan kemanusiaannya serta mengangkat mesej kemanusiaan ke tahap lebih tinggi," katanya.
Organisasi itu turut melahirkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Kebangsaan terdahulu yang telah memberikan sumbangan tidak ternilai dalam meletakkan asas kukuh bagi kejayaan dan perkembangan berterusan BSMM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Puteri Intan Safinaz
#Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
#BSMM
#Tunku Temenggong Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan