awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TVET Perak: TVET Mahir Kerja bidang jahitan lonjak kerjaya, pendapatan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
29/09/2025
02:50 MYT
TVET Perak: TVET Mahir Kerja bidang jahitan lonjak kerjaya, pendapatan
Episod khas AWANI Pagi hari ini menampilkan Pengurus JSS Tailoring Akademi, Toni Stella dan Mentor TVET Mahir Kerja, Zawiyah Daud. - Foto Astro AWANI
IPOH: Inisiatif TVET Mahir Kerja oleh kerajaan negeri Perak terus membuktikan peranannya sebagai pemangkin peluang kerjaya dan keusahawanan apabila ramai peserta berjaya meningkatkan taraf hidup melalui latihan kemahiran yang ditawarkan.
Bagi Pengurus JSS Tailoring Akademi, Toni Stella, program tersebut membuka perspektif baharu tentang peranan seorang tukang jahit.
“Saya tidak berapa gembira bila dipanggil tukang jahit. Apabila hanya menjahit apa yang pelanggan minta, ia sekadar mengikut arahan.
"Tetapi sebagai pereka, kita perlu berfikir di luar kotak, beri pendapat dan cadangan. Contohnya, bila pelanggan bawa kain, kita boleh nasihat atau syorkan rekaan yang sesuai. Itu peranan sebenar sebagai pereka fesyen” katanya dalam episod khas AWANI Pagi.
Bagi Mentor TVET Mahir Kerja, Zawiyah Daud pula mengakui perubahan besar yang dikecapinya selepas menyertai program itu.
“Program TVET ini banyak membantu saya dari segi kemahiran diri, pengurusan masa dan juga meningkatkan pendapatan yang luar biasa. Kini, pendapatan bulanan saya mencecah RM3,000 ke atas.
“Memang seronok sebenarnya. Walaupun saya memang seorang tukang jahit, tetapi banyak teknik baharu yang saya belajar, berkongsi teknik menjahit dengan rakan-rakan lain. Jadi maknanya kita dapat banyak ilmu,” katanya.
Program TVET Mahir Kerja yang diterajui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mula diperkenalkan pada 2021 dengan menawarkan pelbagai kursus mengikut acuan industri.
Zawiyah kini bukan sahaja mahir menjahit pelbagai jenis pakaian wanita dan kanak-kanak, malah menerima tempahan sulaman pukal serta menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian pakaian.
AWANI Pagi: TVET Perak: TVET mahir kerja cipta peluang dalam kemahiran
Lebih daripada itu, beliau turut mengembangkan perniagaannya dengan menjual pelbagai jenis tudung, sekali gus memperluaskan pasaran dan meningkatkan pendapatan.
Sehingga kini, sebanyak 171 kursus telah dijalankan melibatkan 3,586 peserta dalam kalangan anak Perak.
Antara kursus yang ditawarkan ialah Operasi Skylift, Operasi Forklift, Smart Farming Technology, Skil Terapi Berpantang, Asas Pengenalan AI & Automasi Pintar, Asas Fabrikasi Kimpalan & Keusahawanan, serta Advance PLC Programming Mechatronics System Smart Design.
Selain kursus sepenuh masa yang memberi fokus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terdapat juga program modular di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang membolehkan peserta memperoleh kemahiran secara fleksibel mengikut keperluan.
Kejayaan yang dicapai ini jelas membuktikan bahawa inisiatif TVET oleh kerajaan negeri Perak bukan sekadar menyediakan kemahiran teknikal, malah membuka ruang keusahawanan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Topic Berkaitan
#keusahawanan
#Inisiatif TVET Mahir Kerja
#TVET
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan