awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tweet Raja Permaisuri Agong 'membawang' dengan Agong tarik perhatian

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2019
09:45 MYT
Tweet Raja Permaisuri Agong 'membawang' dengan Agong tarik perhatian
Gambar yang dirujuk oleh Raja Permaisuri Agong sebagai sedang 'membawang' dengan Yang di-Pertuan Agong mencuit hati warga alam maya. - Gambar Twitter Raja Permaisuri Agong @cheminahsayang
ENTRI Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam akaun laman sosial peribadi baginda sentiasa dinanti-nanti oleh warga alam maya.
Ini kerana, baginda disifatkan rakyat jelata sebagai Permaisuri yang sangat bersahaja dan mencuit hati.
Terbaharu, entri baginda yang memetik perkataan 'membawang' amat menggelikan hati.
Tunku Azizah memuat naik dua keping gambar baginda sedang berbual dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan menghadiri majlis perasmian Floria Diraja Putrajaya.
Menggunakan perkataan membawang dalam status itu menyebabkan netizen berpendapat, baginda cukup dekat dengan rakyat jelata
“Membawang,” tulis Tunku Azizah dalam ciapan yang dimuat naik pukul 1.37 petang Isnin.
Sehingga pukul, 5.45 petang, entri itu telah diulang kicau sebanyak 2,200 kali selain memperoleh 10,200 tanda suka.
membawang .... pic.twitter.com/6YSIVlNKah
— azizah iskandar (@cheminahsayang) September 2, 2019
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#membawang
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan