BACHOK: Musim tengkujuh memberi rezeki kepada Mat Ariffin Yazid, 53, apabila ubi kayu, ubi badak dan ubi itik yang ditanamnya di Kampung Sri Sentosa di sini laris dijual.
Mat Ariffin yang bekerja sebagai tukang rumah berkata hujan menyebabkan dia tidak dapat bekerja seperti biasa lalu mendorongnya menjual ubi berkenaan bagi mencari pendapatan lain.
Menurut Mat Ariffin, sejak 20 tahun lepas dia mengusahakan tanaman ubi berkenaan di kawasan seluas 0.4 hektar berdekatan rumah dan menjualnya setiap tahun.
"Biasanya jualan habis setiap hari kerana kesemua ubi ini merupakan makanan pilihan orang ramai pada musim banjir.
"Saya tidak kisah berhujan atau berendam air kerana ia sudah jadi 'asam garam' berniaga pada musim tengkujuh, asal saya dapat mencari rezeki," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.
Mat Ariffin berkata biasanya dia mula menggali tanaman ubi badak dan ubi itik lebih awal iaitu pada November kerana ubi berkenaan mampu disimpan lama berbanding ubi kayu yang perlu digali setiap hari kerana cepat rosak dan kurang sedap dimakan jika disimpan melebihi dua hari.
Bapa kepada empat anak itu berkata dia mampu menjual kira-kira 80 kilogram ubi sehari dengan ubi kayu pada harga RM3 sekilogram manakala ubi itik dan ubi badak RM6 sekilogram.
Menurut Mat Ariffin dia agak beruntung kerana kawasan tanamannya bebas daripada banjir sekali gus tidak berdepan masalah kerosakan ubi sepertimana dihadapi penanam lain.
Ubi katanya akan rosak jika ditenggelami air melebihi lima hari sedangkan untuk mendapat hasil, ia perlu ditanam dalam tempoh hingga enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Hujan menyebabkan Mat Ariffin tidak dapat bekerja seperti biasa lalu mendorongnya menjual ubi bagi mencari pendapatan lain. - Foto BERNAMA
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Perjalanan terakhir: Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis.
Protes universiti: Pelajar Harvard tamat pengajian protes untuk Gaza
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Kekejaman zionis: Israel membedil stor milik kementerian, 12 terbunuh
Sejumlah 12 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel membedil sebuah stor milik kementerian kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Kekejaman zionis: PBB sambung semula bantuan melalui jeti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengangkutan bantuan kemanusiaan yang tiba di jeti binaan Amerika Syarikat di luar pantai Semenanjung Gaza.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
Kekejaman zionis: Keputusan Mahkamah Dunia mengenai serangan Rafah hari ini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan pada Jumaat, mengenai permintaan Afrika Selatan untuk memerintahkan penghentian serangan Israel di Rafah, Gaza.
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.
Ubi laris pada musim tengkujuh
Hujan menyebabkan Mat Ariffin tidak dapat bekerja seperti biasa lalu mendorongnya menjual ubi bagi mencari pendapatan lain.
Pemuda raih pulangan lumayan jual ubi kayu
Seorang pemuda tidak menyangka usaha menanam ubi kayu di tanah seluas lapan hektar (20 ekar) sejak tahun lepas memberi pulangan lumayan kepadanya.
Penyelidik UTeM bangun produk bekas plastik berasaskan ubi kayu, daun pisang
Bekas plastik berbentuk dulang itu boleh digunakan untuk pembungkusan produk selain mesra alam.
Wan Azizah masak kuih bingka untuk Sheikha Moza
Selepas menyediakan kuih itu, Dr Wan Azizah menyambut Sheikha Moza setibanya di Sri Satria kira-kira pukul 8.15 malam.