awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UIAM bincang kerjasama pendidikan tinggi dengan Presiden Maldives

Bernama
Bernama
12/10/2025
23:45 MYT
UIAM bincang kerjasama pendidikan tinggi dengan Presiden Maldives
Osman (kiri) mengetuai delegasi dari UIAM mengadakan pertemuan dengan Muizzu di Male, ibu negara Maldives, pada Ahad. --fotoBERNAMA
NEW DELHI: Satu delegasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan pertemuan dengan Presiden Maldives Mohamed Muizzu di Male pada Ahad bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang pengajian lanjutan dan pendidikan tinggi.
Menurut kenyataan daripada Pejabat Presiden Muizzu, perbincangan itu memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dalam pelbagai bidang akademik termasuk program PhD.
"Presiden turut menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan yang diberikan oleh UIAM kepada pelajar Maldives," menurut kenyataan itu.
Delegasi Malaysia itu diketuai oleh Rektor UIAM Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar.
Menyifatkan UIAM sebagai "mercu ilmu dan kecemerlangan" yang melahirkan pemimpin masa depan, Menteri Hal Ehwal Islam Maldives Mohamed Shaheem Ali Saeed berkata universiti itu mempunyai "tempat istimewa di hati kami."
"Universiti ini merupakan pusat pengajian unik yang menggabungkan pendidikan moden dengan nilai dan etika Islam," katanya pada satu majlis bagi menyambut ketibaan delegasi universiti berkenaan.
Beliau berkata graduan UIAM telah memberi sumbangan besar dalam pelbagai bidang di Maldives.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UIAM
#Presiden Maldives Mohamed Muizzu
#kerjasama
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan