awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM nafi mangsa kelar diculik dari kawasan kampus

Bernama
Bernama
03/02/2015
13:11 MYT
UiTM nafi mangsa kelar diculik dari kawasan kampus
Mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan telah bertarung nyawa selama dua jam dan meninggal dunia kira-kira 2 petang. - Gambar Astro AWANI
Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini menafikan dakwaan bahawa pelajarnya di cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang diculik dari kawasan kampus sebelum dikelar di leher oleh teman lelakinya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata mangsa Nursyuhada Johari telah bertemu dengan suspek di luar kawasan kampus sebelum mangsa dengan suka rela masuk ke kenderaan suspek dan bergerak ke lokasi lain.
“Mangsa tidak diculik di dalam kawasan kampus seperti yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Menteri Mentor UiTM bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Semalaysia 2014/2015 di sini, hari ini.
Sementara itu, Abdullah berkata pihak UiTM telah menghubungi keluarga mangsa bagi membantu urusan jenazah.
Semalam, Nursyuhada yang dikelar suspek di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, dekat Taiping telah terjatuh atas lebuhraya.
Mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan telah bertarung nyawa selama dua jam dan meninggal dunia kira-kira 2 petang.
Topic Berkaitan
#Abdullah Mohamad Said
#nursyuhuda johari
#Universiti Teknologi MARA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan