Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan pelajarnya berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah seperti mana yang didakwa berikutan penyebaran di laman sosial dua rakaman video semasa program kendalian kampus universiti itu di Melaka.
Pemangku Naib Cancelor UiTM, Prof Ir Dr Abdul Rahman Omar berkata program tahunan anjuran persatuan pelajar itu mendapat kebenaran daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta dikawal selia sepenuhnya oleh pensyarah fakulti tersebut dan Polis Bantuan UiTM Melaka.
"UiTM ingin menjelaskan bahawa tuduhan berkenaan adalah tidak benar dan dilakukan dengan niat jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, konteks rakaman video itu juga diselewengkan.
"Pentadbir laman sosial berkenaan juga sewenang-wenangnya mengaitkan kegembiraan yang ditunjukkan oleh para pelajar dengan sebarang aktiviti tidak bermoral tanpa menunjukkan bukti kukuh akan kewujudan alkohol, dadah atau sebarang bahan terlarang yang lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya ia merupakan kali keenam program berkenaan dianjurkan yang antaranya bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar mempamerkan bakat dan kreativiti mereka.
"Aktiviti lain seperti jualan hasil seni, latihan keusahawanan dan sesi perbincangan dengan ahli-ahli pakar dalam pelbagai bidang seni turut dijalankan dalam program selama tiga hari itu," katanya.
Bernama
Tue Jan 26 2016
UiTM menjelaskan bahawa tuduhan berkenaan adalah tidak benar dan dilakukan dengan niat jahat. - Gambar fail
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
UiTM nafi terdapat salah guna alkohol, dadah dalam programnya di Melaka
Program tahunan itu mendapat kebenaran daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta dikawal selia sepenuhnya oleh pensyarah dan polis.