awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
Malaysia kekal destinasi pelancongan hujung tahun utama penduduk Singapura
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2024
08:00 MYT
UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan
Shahidan turut memuji Zambry yang menegaskan bahawa pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, orang asli dan anak negeri Sabah serta Sarawak masih diperlukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebarang soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya, terutamanya di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membuat teguran itu susulan pertanyaan yang dikemukakan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan bercadang untuk membenarkan bukan bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976.
“Soalan ini tidak wajar ditanya, sebab ia berkaitan meminda Akta UiTM 1976. Padahal ada akta lain untuk membolehkan kita unjur kepakaran kardiotorasik.
“Kita boleh buat, tak perlu tanya untuk pinda akta yang dibuat khusus untuk memperhalusi bumiputera hidup bersama dalam bidang keilmuan.
“Jadi minta soalan berkaitan ‘Malaysian Malaysia’, kesamarataan tidak wajar ditanya. Sepatutnya tanya apakah universiti lain dibenarkan untuk melaksanakan program ini,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Dalam pada itu, Shahidan turut memuji Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang menegaskan bahawa pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, orang asli dan anak negeri Sabah serta Sarawak masih diperlukan.
Zambry dalam jawapannya turut menyebut tentang penubuhan universiti itu mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Seksyen 1A Akta UiTM 1976 [Akta 173]. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UiTM
#bukan bumiputera
#Shahidan Kassim
#Malaysian Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan